Saturday, July 2, 2011

Nature @ Bukit Batu Lebah

Pada 25 Jun lalu, perkhemahan SK Bukit Beruang 2011 telah dijalankan di Bukit Batu Lebah, Kg Bukit Senggeh, Jasin, Melaka. Pada hari tersebut telah dijalankan aktiviti mendaki bukit tersebut. Sambil mengiring murid, sempat saya mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.















Untuk makluman semua gambar di atas adalah data mentah yang dikeluarkan tanpa proses suntingan dari memori kad D5000. Hanya proses resize sahaja dijalankan untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Lens yang digunakan sepanjang aktiviti ini ialah Tamron 17-50mm f/2.8.

Terima kasih....

Friday, July 1, 2011

Strobist & Slow Shutter @ Sungai Melaka

21 Mei lalu, aku bersama-sama Yus, Ajak, Man dan Azrul menghabiskan masa dengan mengambil gambar panorama malam di sekitar Jambatan Hang Tuah, Sungai Melaka. Pelan asal kitorang nak buat strobist, tapi oleh kerana keadaan persekitaran yang kurang baik kami buat simple2 sahaja. Model pun dikalangan kitorang sahaja. Sambil-sambil tu sempat jugak la aku shoot gambar panorama Sungai Melaka dengan teknik slow shutter. Berikut adalah beberapa keping gambar dan rakaman video menggunakan D5000 dan lens Nikkor 35mm untuk dikongsi bersama.




Apa yang membezakan gambar ini dengan yang di atas?

Gambar oleh Yusmadi




Terima Kasih....

Sunday, January 16, 2011

Servis Sensor DSLR



Apa perasaan korang kalau momen indah yang korang shoot dicemari dengan bintik-bintik hitam seperti gambar di atas? Pasti rasa bengang tak sudah.... Inilah senario yg aku hadapi beberapa minggu yang lepas. Walaupun bintik-bintik hitam ni boleh dibuang dengan menggunakan Photoshop, tapi kepuasannya pasti tak sama.

Keadaan ini biasa berlaku apabila kita gunakan aperture kecil pada keadaan langit yang cerah. begitu juga pada gambar-gambar yang mempunyai background yang cerah. Dalam keadaan biasa, bintik-bintik hitam ni sukar di kesan.

Pada awalnya aku fikir mungkin disebabkan habuk pada lens aku. Tapi bila lepas lens dibersihkan dan ditukar dengan lens-lens yang lain, kotoran masih ada. Aku rujuk pada "orang lama" dalam fotografi, diorang kata mungkin habuk atau fungus kat sensor! Wah... kepala aku mula kusut... rasa macam nak jual je DSLR aku ni....

Aku cuba rujuk kat internet cara-cara untuk bersihkan sensor ni. Rupa-rupanya tak la kronik sangat masalah ni. Boleh pilih sama ada hantar kat servis centre atau bersihkan sendiri di rumah. Memandangkan kat Melaka ni sangat susah nak cari pusat servis DSLR, jadi aku keluarkan sedikit modal untuk beli beberapa kit seperti gambar di bawah secara online.


Selepas berapa hari menunggu, barang yang aku order sampai. Pada cuti hujung minggu, aku habiskan dengan 'membelai' D5000 kesayangan aku ni... Berikut ada beberapa paparan mengikut langkah-langkah yang dicadangkan.


Langkah pertama, sediakan alatan seperti di atas; blower, berus halus, sensor klear, dan sensor loupe.


Langkah ke-2 buka lens;


Langkah ke-3, berus dan 'blow' kawasan mirror dan sekelilingnya secara terlangkup. Ini adalah sebagai langkah mengelak habuk yang ada di kawasan tersebut tidak masuk ke dalam sensor pada langkah yang seterusnya.



Langkah ke-4, pasang semula lens atau penutup 'body' DSLR. Buka menu dan cari option 'Lock mirror up for cleaning'



Langkah ke-5, tekan shutter dan mirror anda akan terangkat ke atas. Bila buka penutup 'body' atau lens, akan nampak sensor seperti gambar di bawah.


Langkah ke-6, pasangkan 'sensor loupe' seperti kedudukan di bawah. (kelebihan 'sensor loupe', ianya mempunyai kanta untuk membesarkan imej dan lampu untuk terangkan kawasan dalam sensor. Habuk pada sensor akan nampak jelas melalui 'sensor loupe')


Langkah ke-7, 'on' kan lampu pada sensor loupe, dan kerja-kerja pembersihan pada sensor boleh dilakukan dengan menggunakan 'sensor klear'. (kelebihan sensor klear, kepala yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan). Gosok perlahan-lahan sehingga habuk hilang dari pandangan mata.


Langkah ke-8, blow semula kawasan sensor. PERHATIAN: pastikan hujung blow tidak terkena pada permukaan sensor. Ulang langkah 6 hingga 8 sehingga tiada lagi habuk pada permukaan sensor.

Langkah ke-9, pasangkan semula penutup body atau lens dan 'turn off' untuk menurunkan mirror. Uji semula dengan shoot gambar ke arah langit dgn gunakan aperture pada F16 ke atas.

Lepas ni barulah boleh 'shoot' gambar dengan perasaan yang tenang.... Selamat mencuba......

PERHATIAN: Pastikan korang mempunyai kelengkapan dan maklumat yang cukup sebelum mencubanya. Segala masalah yang berlaku adalah atas tangung jawab sendiri.

Wednesday, December 8, 2010

Low-Light Photography

Low-Light Photography adalah salah satu jenis bidang fotografi yang tidak menggunakan cahaya sokongan seperti flash dan lain-lain. Bagi aku ianya adalah salah satu bidang yang agak mencabar. Banyak perkara penting yang perlu diambil berat untuk menghasilkan gambar lowlight. Antaranya ialah;
  1. Shutter speed yang perlahan,
  2. Bukaan aperture yang besar,
  3. ISO yang tinggi,
Walaubagaimana pun, kebanyakan gambar yang aku hasilkan selalunya menggunakan shutter speed yang perlahan. Perkara no 2 dan 3 biasa digunakan mengikut keadaan. Oleh itu kit yang paling penting bila mengunakan shutter speed perlahan adalah tripod dan shutter release. Kalau tiada shutter release, tiada masalah sebab korang boleh gunakan timer pada kamera. Ini penting untuk mengelakkan gegaran dan mendapatkan imej yang sharp. Selain itu jika lens korang mempunyai VR atau IS ianya adalah satu kelebihan.

Dalam banyak percubaan, rasanya ni sahaja gambar-gambar yang sesuai dipaparkan.... :-)

 Percubaan bokeh dalam lowlight, guna saiz aperture besar (F/2.8)

low angle dengan gunakan tripod kecil - shutter speed perlahan

 manual fokus untuk dapatkan bokeh pada cahaya bulan di sebalik rabung bumbung dengan gunakan nikkor 55-200mm



ketiga-tiga gambar di atas menggunakan shutter speed perlahan (min), ISO rendah (min). dan saiz aperture kecil (max). Penggunaan tripod dan shutter release amat penting.



ketiga-tiga gambar di atas menggunakan teknik light painting dengan sumber cahaya LED yang kecil dalam bilik gelap. Untuk itu terpaksa gunakan manual fokus dan shutter speed perlahan.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk disini; 
Shutterbug: Low-Light Photo Tips

Semoga terhibur, terima kasih kerana membaca.

# harap maaf sebab menggunakan istilah bahasa Inggeris pada sesetengah perkataan.

Tuesday, November 30, 2010

Portraiture - Jenis-jenis Fotografi Potret

Bila kita berbincang tentang fotografi potret, kebanyakan jurufoto faham apa yang dimaksudkan dengan fotografi potrait. Walaubagaimana pun mungkin ramai jurufoto yang mengabaikan atau kurang faham kategori bagi fotografi potrait tersebut. Berikut adalah beberapa kategori yang boleh dibahagikan;

Kandid (subjek tidak sedar). Biasanya gambar-gambar kandid di ambil di majlis-majlis tertentu atau pun di tempat awam. Keisitimewaan potret kandid ialah momen dan ekspresi wajah yang asli. Lens yang sesuai untuk mendapatkan potrait candid ialah telefoto lens seperti 18-200mm, 50-200mm, 70-200mm, 70-300mm dan banyak lagi.





Kandid (subjek sedar). Sama seperti di atas, tetapi subjek menyedari kehadiran jurufoto untuk mengambil gambarnya. Kebiasaan subjek akan berada dalam keadaan bersedia atau pun terkejut. Semua lens sesuai untuk ketegori ini.





‘Pose’. Potret ‘pose’ biasanya melibatkan subjek yang bersedia lebih awal dengan jurugambar. Jurugambar bebas untuk menyusun dan mengarahkan gaya bagi subjek. Potrait ini biasanya boleh dilihat pada gambar keluarga atau rakan-rakan di rumah, taman-taman atau tempat awam. Lens yang paling digemari oleh jurugambar bagi potrait ini adalah zoom lens atau prime lens.




Formal. Potret formal biasanya telah dirancang lebih awal. Biasanya subjek telah bersolek atau mengenakan pakaian yang sesuai. Jurufoto juga telah bersedia dengan kit fotografi yang sesuai dan biasanya pemilihan latarbelakang atau lokasi telah dirancang. Pada sesi fotografi subjek bebas untuk bergaya sama ada secara bebas atau diarahkan oleh jurufoto. Potret ini biasanya boleh dilihat pada gambar pengantin, perniagaan, ulang tahun, potret glamour dan peragaan. Lens yang paling digemari oleh jurugambar bagi potrait ini adalah prime lens.





Berpasangan. Biasanya potret ini menggambarkan hubungan antara 2 subjek. Contohnya suami dan isteri, ibu dan anak, pasangan kekasih, adik beradik, persahabatan dan lain-lain. Ini adalah cabaran kepada jurugambar untuk menyatakan ikatan bagi pasangan tersebut di dalam potret yang hendak dihasilkan. Lens yang sesuai bagi potrait ini adalah zoom lens atau prime lens 35mm, 50mm atau 85mm. 





Kumpulan kecil. Potret ini melibatkan kumpulan kecil diantara 3 hingga 7 orang. Contohnya ahli keluarga, AJK persatuan, kumpulan rakan dan lain-lain. Tugas jurugambar adalah sama seperti di atas iaitu menggambarkan hubungan antara ahli dalam kumpulan tersebut. Lens yang sesuai adalah zoom lens atau prime lens 24mm, 35mm atau 50mm.





Kumpulan besar. Potret ini sama seperti di atas tetapi melibatkan kumpulan yang besar antara 7 - ∞ orang. Cabaran jurugambar bagi potret ini adalah mendapatkan gambar subjek yang keseluruhannya bersedia. Walaubagaimana pun gambar kandid bagi kumpulan yang besar ini kadang-kadang menghasilkan gambar yang menarik. Lens yang sesuai bagi potret ini ialah wide lens, zoom lens atau prime lens 24mm dan 35mm.





Persekitaran. Potret yang mengambarkan tugas mereka dan persekitaran mereka. Contohnya seorang jurukimpal di bengkel kimpalan, tukang kayu di bengkel kayu, guru atau murid di sekolah dan lain-lain. Lens yang sesuai bergantung kepada keadaan dan situasi.



Sukan. Potret ini melibatkan gambar seorang atau sekumpulan ahli sukan dengan pakaian dan alatan sukan dan diambil dipersekitaran mereka. Dalam hal ini pakaian dan alatan sukan penting bagi menceritakan jenis sukan yang diikuti oleh subjek di dalam sekeping gambar.  Contohnya seorang perenang dengan ‘google’ dan pakain renangnya berlatar belakangkan kolam renang atau sekumpulan pemain bola sepak dengan jersi, bola sepak dan berlatarbelakangkan padang bola sepak. Lens yang sesuai bergantung kepada keadaan dan situasi.







Kanak-kanak. Potret ini amat digemari oleh ibubapa atau orang dewasa. Gambar kanak-kanak yang paling digemari adalah diperingkat umur satu hari sehingga 5 tahun. Walaubagaimana pun untuk mengambil gambar potret bagi kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas adalah cabaran yang besar kepada seseorang jurugambar. Ramai jurugambar yang akhirnya kecewa apabila kanak-kanak tersebut hilang tumpuan, tidak berminat dan menangis. Tips untuk mengambil gambar kanak-kanak ialah berbual dengan mereka mengikut peringkat umur, menggunakan permainan untuk menarik perhatian mereka, menekan shutter dengan pantas apabila mendapat momen atau komposisi yang baik. Lens yang sesuai bagi potret ini adalah zoom lens. 








Terima kasih.....