Bila kita berbincang tentang fotografi potret, kebanyakan jurufoto faham apa yang dimaksudkan dengan fotografi potrait. Walaubagaimana pun mungkin ramai jurufoto yang mengabaikan atau kurang faham kategori bagi fotografi potrait tersebut. Berikut adalah beberapa kategori yang boleh dibahagikan;
Kandid (subjek sedar). Sama seperti di atas, tetapi subjek menyedari kehadiran jurufoto untuk mengambil gambarnya. Kebiasaan subjek akan berada dalam keadaan bersedia atau pun terkejut. Semua lens sesuai untuk ketegori ini.
‘Pose’. Potret ‘pose’ biasanya melibatkan subjek yang bersedia lebih awal dengan jurugambar. Jurugambar bebas untuk menyusun dan mengarahkan gaya bagi subjek. Potrait ini biasanya boleh dilihat pada gambar keluarga atau rakan-rakan di rumah, taman-taman atau tempat awam. Lens yang paling digemari oleh jurugambar bagi potrait ini adalah zoom lens atau prime lens.
Formal. Potret formal biasanya telah dirancang lebih awal. Biasanya subjek telah bersolek atau mengenakan pakaian yang sesuai. Jurufoto juga telah bersedia dengan kit fotografi yang sesuai dan biasanya pemilihan latarbelakang atau lokasi telah dirancang. Pada sesi fotografi subjek bebas untuk bergaya sama ada secara bebas atau diarahkan oleh jurufoto. Potret ini biasanya boleh dilihat pada gambar pengantin, perniagaan, ulang tahun, potret glamour dan peragaan. Lens yang paling digemari oleh jurugambar bagi potrait ini adalah prime lens.
Berpasangan. Biasanya potret ini menggambarkan hubungan antara 2 subjek. Contohnya suami dan isteri, ibu dan anak, pasangan kekasih, adik beradik, persahabatan dan lain-lain. Ini adalah cabaran kepada jurugambar untuk menyatakan ikatan bagi pasangan tersebut di dalam potret yang hendak dihasilkan. Lens yang sesuai bagi potrait ini adalah zoom lens atau prime lens 35mm, 50mm atau 85mm.
Kumpulan kecil. Potret ini melibatkan kumpulan kecil diantara 3 hingga 7 orang. Contohnya ahli keluarga, AJK persatuan, kumpulan rakan dan lain-lain. Tugas jurugambar adalah sama seperti di atas iaitu menggambarkan hubungan antara ahli dalam kumpulan tersebut. Lens yang sesuai adalah zoom lens atau prime lens 24mm, 35mm atau 50mm.
Kumpulan besar. Potret ini sama seperti di atas tetapi melibatkan kumpulan yang besar antara 7 - ∞ orang. Cabaran jurugambar bagi potret ini adalah mendapatkan gambar subjek yang keseluruhannya bersedia. Walaubagaimana pun gambar kandid bagi kumpulan yang besar ini kadang-kadang menghasilkan gambar yang menarik. Lens yang sesuai bagi potret ini ialah wide lens, zoom lens atau prime lens 24mm dan 35mm.
Persekitaran. Potret yang mengambarkan tugas mereka dan persekitaran mereka. Contohnya seorang jurukimpal di bengkel kimpalan, tukang kayu di bengkel kayu, guru atau murid di sekolah dan lain-lain. Lens yang sesuai bergantung kepada keadaan dan situasi.
Sukan. Potret ini melibatkan gambar seorang atau sekumpulan ahli sukan dengan pakaian dan alatan sukan dan diambil dipersekitaran mereka. Dalam hal ini pakaian dan alatan sukan penting bagi menceritakan jenis sukan yang diikuti oleh subjek di dalam sekeping gambar. Contohnya seorang perenang dengan ‘google’ dan pakain renangnya berlatar belakangkan kolam renang atau sekumpulan pemain bola sepak dengan jersi, bola sepak dan berlatarbelakangkan padang bola sepak. Lens yang sesuai bergantung kepada keadaan dan situasi.
Kanak-kanak. Potret ini amat digemari oleh ibubapa atau orang dewasa. Gambar kanak-kanak yang paling digemari adalah diperingkat umur satu hari sehingga 5 tahun. Walaubagaimana pun untuk mengambil gambar potret bagi kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas adalah cabaran yang besar kepada seseorang jurugambar. Ramai jurugambar yang akhirnya kecewa apabila kanak-kanak tersebut hilang tumpuan, tidak berminat dan menangis. Tips untuk mengambil gambar kanak-kanak ialah berbual dengan mereka mengikut peringkat umur, menggunakan permainan untuk menarik perhatian mereka, menekan shutter dengan pantas apabila mendapat momen atau komposisi yang baik. Lens yang sesuai bagi potret ini adalah zoom lens.
Terima kasih.....
No comments:
Post a Comment