Apa yang korang perlukan?
Keperluan asas yang diperlukan adalah alat untuk menyimpan dan memproses gambar iaitu kamera. Kamera yang paling sesuai sekali adalah DSLR kerana ianya mempunyai kemudahan untuk menukar lens mengikut kesesuaian dan hasil gambar yang dikehendaki. Selain itu juga ianya juga mempunyai kemudahan untuk dihubungkan dengan cahaya sokongan luar.
Keperluan asas yang kedua adalah lens. Antara lens popular untuk studio potrait adalah prime lens. Ramai jurufoto portrait meminatinya kerana hasil gambar yang dihasilkan olehnya lebih tajam, lebih pantas dan yang paling istimewa mempunyai saiz aperture yang besar. Antara focal length yang popular adalah 20mm, 24mm, 28mm, 35mm, 50mm, 85mm, 105mm, 135mm, 200mm. Walaubagaimana pun penggunaan focal length bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.
Bagi studio di rumah faktor keluasan studio biasanya terhad, oleh itu lens yang mempunyai focal length 35mm dan 50mm adalah yang paling ideal. Untuk potrait berkumpulan pula, focal length yang sesuai adalah 24mm. Jika korang mempunyai masalah untuk memiliki kesemua lens tersebut, ianya tidak menjadi masalah. Gunakan sahaja zoom lens atau kit lens korang. Focal lens bagi prime lens yang disebutkan di atas boleh dijadikan panduan. Cuma satu sahaja kekurangan jika korang menggunakan zoom lens, penggunaan saiz aperture akan menjadi terhad. Walaubagaimana pun masalah tersebut boleh diatasi kalau korang memiliki zoom lens yang memiliki aperture f/2.8 seperti Nikkor 17-55mm f/2.8 atau Tamron 17-50mm f/2.8.
Keperluan asas yang ketiga adalah ruang. Ruang adalah penting untuk membina studio di rumah. Ruang minimum yang diperlukan sekurang-kurangnya 10' lebar dan 12' panjang. Keluasan ruang memain peranan penting bagi mendapatkan depth of field (dof) antara subjek dan background. Ianya juga berkait rapat dengan pemilihan lens seperti yang disebutkan di atas. Selain itu warna dinding pada ruang juga memainkan peranan penting bagi sesebuah studio. Warna dinding yang terbaik ialah hitam mati (flat black). Walaubagaimana pun penggunaan warna putih juga boleh digunakan. Penggunaan warna-warna lain di ruang studio boleh menyebabkan ganguan warna pada 'white balance' gambar.
Jika korang mempunyai kemudahan asas yang disebutkan di atas, barulah boleh melangkah setapak lagi kehadapan iaitu memiliki mini studio dirumah. Apa alatan yang korang perlukan ialah;
- 'Backdrop stand'. Harganya antara RM250 - RM300. Jika tiada 'backdrop stand' korang boleh gunakan 'rail' langsir rumah anda dan klip kertas yang besar untuk mengantung kain backdrop.
- Kain backdrop bergantung kepada citarasa korang. Harganya antara RM250-RM500 bergantung kepada kualiti, material dan saiz. Boleh juga gunakan kain biasa yang dijual dikedai kain tetapi pastikan ianya tebal dan mempunyai kelebaran lebih daripada 2 meter.
- Softbox atau payung dan kakinya. Sebaik-baiknya korang memiliki sepasang softbox atau pun payung. Harga bagi sepasang softbox atau payung adalah antara RM500 hingga RM800 bergantung kepada saiz, kualiti dan material.
- 2 unit flash. Bagi perbelanjaan yang ekonomi dicadangkan guna 3rd party flash seperti Young Nuo (YN460/465). Harga bagi 2 unit antara RM400-RM700.
- Wireless flash dan 2 set flash trigger bagi pengguna flash yang tiada aplikasi 'commander' harganya antara RM150 - RM300. Ada pelbagai jenis trigger 3rd party yang murah seperti Phottix, Cactus dan Young Nuo.
- Jika korang mempunyai budget yang lebih, korang boleh lupakan alatan ke 4 dan ke 5. Dicadangkan korang beli sahaja sepasang studio lighting yang ekonomi. Harganya antara RM1800 hingga RM2800.
Berikut adalah beberapa keping gambar portrait anak-anak yang dihasilkan di dalam mini studio di rumah. Walaupun kualiti hasilnya mungkin tidak setanding seperti gambar yang dikeluarkan dari studio moden yang canggih dan mahal, tetapi kepuasan tetap dapat dirasai. Untuk makluman, bagi gambar ini hanya sebuah soft box sahaja digunakan untuk mendapatkan kesan bayang pada separuh bahagian yang lain. Backdrop yang digunakan adalah hitam. Lens yang digunakan pula adalah Tamron 17-50 mm f/2.8 dan Nikkor 35mm f/1.8. Gambar diambil dalam bilik yang gelap tanpa sokongan cahaya lain.
Terima kasih kerana membaca, selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment