Wednesday, December 8, 2010

Low-Light Photography

Low-Light Photography adalah salah satu jenis bidang fotografi yang tidak menggunakan cahaya sokongan seperti flash dan lain-lain. Bagi aku ianya adalah salah satu bidang yang agak mencabar. Banyak perkara penting yang perlu diambil berat untuk menghasilkan gambar lowlight. Antaranya ialah;
  1. Shutter speed yang perlahan,
  2. Bukaan aperture yang besar,
  3. ISO yang tinggi,
Walaubagaimana pun, kebanyakan gambar yang aku hasilkan selalunya menggunakan shutter speed yang perlahan. Perkara no 2 dan 3 biasa digunakan mengikut keadaan. Oleh itu kit yang paling penting bila mengunakan shutter speed perlahan adalah tripod dan shutter release. Kalau tiada shutter release, tiada masalah sebab korang boleh gunakan timer pada kamera. Ini penting untuk mengelakkan gegaran dan mendapatkan imej yang sharp. Selain itu jika lens korang mempunyai VR atau IS ianya adalah satu kelebihan.

Dalam banyak percubaan, rasanya ni sahaja gambar-gambar yang sesuai dipaparkan.... :-)

 Percubaan bokeh dalam lowlight, guna saiz aperture besar (F/2.8)

low angle dengan gunakan tripod kecil - shutter speed perlahan

 manual fokus untuk dapatkan bokeh pada cahaya bulan di sebalik rabung bumbung dengan gunakan nikkor 55-200mm



ketiga-tiga gambar di atas menggunakan shutter speed perlahan (min), ISO rendah (min). dan saiz aperture kecil (max). Penggunaan tripod dan shutter release amat penting.



ketiga-tiga gambar di atas menggunakan teknik light painting dengan sumber cahaya LED yang kecil dalam bilik gelap. Untuk itu terpaksa gunakan manual fokus dan shutter speed perlahan.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk disini; 
Shutterbug: Low-Light Photo Tips

Semoga terhibur, terima kasih kerana membaca.

# harap maaf sebab menggunakan istilah bahasa Inggeris pada sesetengah perkataan.

Tuesday, November 30, 2010

Portraiture - Jenis-jenis Fotografi Potret

Bila kita berbincang tentang fotografi potret, kebanyakan jurufoto faham apa yang dimaksudkan dengan fotografi potrait. Walaubagaimana pun mungkin ramai jurufoto yang mengabaikan atau kurang faham kategori bagi fotografi potrait tersebut. Berikut adalah beberapa kategori yang boleh dibahagikan;

Kandid (subjek tidak sedar). Biasanya gambar-gambar kandid di ambil di majlis-majlis tertentu atau pun di tempat awam. Keisitimewaan potret kandid ialah momen dan ekspresi wajah yang asli. Lens yang sesuai untuk mendapatkan potrait candid ialah telefoto lens seperti 18-200mm, 50-200mm, 70-200mm, 70-300mm dan banyak lagi.





Kandid (subjek sedar). Sama seperti di atas, tetapi subjek menyedari kehadiran jurufoto untuk mengambil gambarnya. Kebiasaan subjek akan berada dalam keadaan bersedia atau pun terkejut. Semua lens sesuai untuk ketegori ini.





‘Pose’. Potret ‘pose’ biasanya melibatkan subjek yang bersedia lebih awal dengan jurugambar. Jurugambar bebas untuk menyusun dan mengarahkan gaya bagi subjek. Potrait ini biasanya boleh dilihat pada gambar keluarga atau rakan-rakan di rumah, taman-taman atau tempat awam. Lens yang paling digemari oleh jurugambar bagi potrait ini adalah zoom lens atau prime lens.




Formal. Potret formal biasanya telah dirancang lebih awal. Biasanya subjek telah bersolek atau mengenakan pakaian yang sesuai. Jurufoto juga telah bersedia dengan kit fotografi yang sesuai dan biasanya pemilihan latarbelakang atau lokasi telah dirancang. Pada sesi fotografi subjek bebas untuk bergaya sama ada secara bebas atau diarahkan oleh jurufoto. Potret ini biasanya boleh dilihat pada gambar pengantin, perniagaan, ulang tahun, potret glamour dan peragaan. Lens yang paling digemari oleh jurugambar bagi potrait ini adalah prime lens.





Berpasangan. Biasanya potret ini menggambarkan hubungan antara 2 subjek. Contohnya suami dan isteri, ibu dan anak, pasangan kekasih, adik beradik, persahabatan dan lain-lain. Ini adalah cabaran kepada jurugambar untuk menyatakan ikatan bagi pasangan tersebut di dalam potret yang hendak dihasilkan. Lens yang sesuai bagi potrait ini adalah zoom lens atau prime lens 35mm, 50mm atau 85mm. 





Kumpulan kecil. Potret ini melibatkan kumpulan kecil diantara 3 hingga 7 orang. Contohnya ahli keluarga, AJK persatuan, kumpulan rakan dan lain-lain. Tugas jurugambar adalah sama seperti di atas iaitu menggambarkan hubungan antara ahli dalam kumpulan tersebut. Lens yang sesuai adalah zoom lens atau prime lens 24mm, 35mm atau 50mm.





Kumpulan besar. Potret ini sama seperti di atas tetapi melibatkan kumpulan yang besar antara 7 - ∞ orang. Cabaran jurugambar bagi potret ini adalah mendapatkan gambar subjek yang keseluruhannya bersedia. Walaubagaimana pun gambar kandid bagi kumpulan yang besar ini kadang-kadang menghasilkan gambar yang menarik. Lens yang sesuai bagi potret ini ialah wide lens, zoom lens atau prime lens 24mm dan 35mm.





Persekitaran. Potret yang mengambarkan tugas mereka dan persekitaran mereka. Contohnya seorang jurukimpal di bengkel kimpalan, tukang kayu di bengkel kayu, guru atau murid di sekolah dan lain-lain. Lens yang sesuai bergantung kepada keadaan dan situasi.



Sukan. Potret ini melibatkan gambar seorang atau sekumpulan ahli sukan dengan pakaian dan alatan sukan dan diambil dipersekitaran mereka. Dalam hal ini pakaian dan alatan sukan penting bagi menceritakan jenis sukan yang diikuti oleh subjek di dalam sekeping gambar.  Contohnya seorang perenang dengan ‘google’ dan pakain renangnya berlatar belakangkan kolam renang atau sekumpulan pemain bola sepak dengan jersi, bola sepak dan berlatarbelakangkan padang bola sepak. Lens yang sesuai bergantung kepada keadaan dan situasi.







Kanak-kanak. Potret ini amat digemari oleh ibubapa atau orang dewasa. Gambar kanak-kanak yang paling digemari adalah diperingkat umur satu hari sehingga 5 tahun. Walaubagaimana pun untuk mengambil gambar potret bagi kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas adalah cabaran yang besar kepada seseorang jurugambar. Ramai jurugambar yang akhirnya kecewa apabila kanak-kanak tersebut hilang tumpuan, tidak berminat dan menangis. Tips untuk mengambil gambar kanak-kanak ialah berbual dengan mereka mengikut peringkat umur, menggunakan permainan untuk menarik perhatian mereka, menekan shutter dengan pantas apabila mendapat momen atau komposisi yang baik. Lens yang sesuai bagi potret ini adalah zoom lens. 








Terima kasih.....

    Monday, November 29, 2010

    Mini Studio - Portrait I

    Tentu ramai peminat fotografi berkeinginan untuk memiliki studio sendiri. Untuk memiliki studio fotografi moden kosnya boleh mencapai RM 5 digit sehingga 7 digit. Rasanya amat membazir bagi seorang jurufoto amatur atau part time mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membina sebuah studio. Tetapi ada cara lain untuk memenuhi impian tersebut. Kalau korang nak tau, untuk memiliki mini studio di rumah yang lebih fleksibel dan ekonomi, korang cuma perlu mengeluarkan modal kurang dari RM2k.

    Apa yang korang perlukan?

    Keperluan asas yang diperlukan adalah alat untuk menyimpan dan memproses gambar iaitu kamera. Kamera yang paling sesuai sekali adalah DSLR kerana ianya mempunyai kemudahan untuk menukar lens mengikut kesesuaian dan hasil gambar yang dikehendaki. Selain itu juga ianya juga mempunyai kemudahan untuk dihubungkan dengan cahaya sokongan luar.

    Keperluan asas yang kedua adalah lens. Antara lens popular untuk studio potrait adalah prime lens. Ramai jurufoto portrait meminatinya kerana hasil gambar yang dihasilkan olehnya lebih tajam, lebih pantas dan yang paling istimewa mempunyai saiz aperture yang besar. Antara focal length yang popular adalah 20mm, 24mm, 28mm, 35mm, 50mm, 85mm, 105mm, 135mm, 200mm. Walaubagaimana pun penggunaan focal length bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.
     
    Bagi studio di rumah faktor keluasan studio biasanya terhad, oleh itu lens yang mempunyai focal length 35mm dan 50mm adalah yang paling ideal. Untuk potrait berkumpulan pula, focal length yang sesuai adalah 24mm. Jika korang mempunyai masalah untuk memiliki kesemua lens tersebut, ianya  tidak menjadi masalah. Gunakan sahaja zoom lens atau kit lens korang. Focal lens bagi prime lens yang disebutkan di atas boleh dijadikan panduan. Cuma satu sahaja kekurangan jika korang menggunakan zoom lens, penggunaan saiz aperture akan menjadi terhad. Walaubagaimana pun masalah tersebut boleh diatasi kalau korang memiliki zoom lens yang memiliki aperture f/2.8 seperti Nikkor 17-55mm f/2.8 atau Tamron 17-50mm f/2.8.

    Keperluan asas yang ketiga adalah ruang. Ruang adalah penting untuk membina studio di rumah. Ruang minimum yang diperlukan sekurang-kurangnya 10' lebar dan 12' panjang. Keluasan ruang memain peranan penting bagi mendapatkan depth of field (dof) antara subjek dan background. Ianya juga berkait rapat dengan pemilihan lens seperti yang disebutkan di atas. Selain itu warna dinding pada ruang juga memainkan peranan penting bagi sesebuah studio. Warna dinding yang terbaik ialah hitam mati (flat black). Walaubagaimana pun penggunaan warna putih juga boleh digunakan. Penggunaan warna-warna lain di ruang studio boleh menyebabkan ganguan warna pada 'white balance' gambar.

    Jika korang mempunyai kemudahan asas yang disebutkan di atas, barulah boleh melangkah setapak lagi kehadapan iaitu memiliki mini studio dirumah. Apa alatan yang korang perlukan ialah;

    1. 'Backdrop stand'. Harganya antara RM250 - RM300. Jika tiada 'backdrop stand' korang boleh gunakan 'rail' langsir rumah anda dan klip kertas yang besar untuk mengantung kain backdrop.
    2. Kain backdrop bergantung kepada citarasa korang. Harganya antara RM250-RM500 bergantung kepada kualiti, material dan saiz. Boleh juga gunakan kain biasa yang dijual dikedai kain tetapi pastikan ianya tebal dan mempunyai kelebaran lebih daripada 2 meter.
    3. Softbox atau payung dan kakinya. Sebaik-baiknya korang memiliki sepasang softbox atau pun payung. Harga bagi sepasang softbox atau payung adalah antara RM500 hingga RM800 bergantung kepada saiz, kualiti dan material.
    4. 2 unit flash. Bagi perbelanjaan yang ekonomi dicadangkan guna 3rd party flash seperti Young Nuo (YN460/465). Harga bagi 2 unit antara RM400-RM700.
    5. Wireless flash dan 2 set flash trigger bagi pengguna flash yang tiada aplikasi 'commander' harganya antara RM150 - RM300. Ada pelbagai jenis trigger 3rd party yang murah seperti Phottix, Cactus dan Young Nuo.
    6. Jika korang mempunyai budget yang lebih, korang boleh lupakan alatan ke 4 dan ke 5. Dicadangkan korang beli sahaja sepasang studio lighting yang ekonomi. Harganya antara RM1800 hingga RM2800. 


    Berikut adalah beberapa keping gambar portrait anak-anak yang dihasilkan di dalam mini studio di rumah. Walaupun kualiti hasilnya mungkin tidak setanding seperti gambar yang dikeluarkan dari studio moden yang canggih dan mahal, tetapi kepuasan tetap dapat dirasai. Untuk makluman, bagi gambar ini hanya sebuah soft box sahaja digunakan untuk mendapatkan kesan bayang pada separuh bahagian yang lain. Backdrop yang digunakan adalah hitam. Lens yang digunakan pula adalah Tamron 17-50 mm f/2.8 dan Nikkor 35mm f/1.8. Gambar diambil dalam bilik yang gelap tanpa sokongan cahaya lain.

    Terima kasih kerana membaca, selamat mencuba....