Apa perasaan korang kalau momen indah yang korang shoot dicemari dengan bintik-bintik hitam seperti gambar di atas? Pasti rasa bengang tak sudah.... Inilah senario yg aku hadapi beberapa minggu yang lepas. Walaupun bintik-bintik hitam ni boleh dibuang dengan menggunakan Photoshop, tapi kepuasannya pasti tak sama.
Keadaan ini biasa berlaku apabila kita gunakan aperture kecil pada keadaan langit yang cerah. begitu juga pada gambar-gambar yang mempunyai background yang cerah. Dalam keadaan biasa, bintik-bintik hitam ni sukar di kesan.
Pada awalnya aku fikir mungkin disebabkan habuk pada lens aku. Tapi bila lepas lens dibersihkan dan ditukar dengan lens-lens yang lain, kotoran masih ada. Aku rujuk pada "orang lama" dalam fotografi, diorang kata mungkin habuk atau fungus kat sensor! Wah... kepala aku mula kusut... rasa macam nak jual je DSLR aku ni....
Aku cuba rujuk kat internet cara-cara untuk bersihkan sensor ni. Rupa-rupanya tak la kronik sangat masalah ni. Boleh pilih sama ada hantar kat servis centre atau bersihkan sendiri di rumah. Memandangkan kat Melaka ni sangat susah nak cari pusat servis DSLR, jadi aku keluarkan sedikit modal untuk beli beberapa kit seperti gambar di bawah secara online.
Selepas berapa hari menunggu, barang yang aku order sampai. Pada cuti hujung minggu, aku habiskan dengan 'membelai' D5000 kesayangan aku ni... Berikut ada beberapa paparan mengikut langkah-langkah yang dicadangkan.
Langkah pertama, sediakan alatan seperti di atas; blower, berus halus, sensor klear, dan sensor loupe.
Langkah ke-2 buka lens;
Langkah ke-3, berus dan 'blow' kawasan mirror dan sekelilingnya secara terlangkup. Ini adalah sebagai langkah mengelak habuk yang ada di kawasan tersebut tidak masuk ke dalam sensor pada langkah yang seterusnya.
Langkah ke-4, pasang semula lens atau penutup 'body' DSLR. Buka menu dan cari option 'Lock mirror up for cleaning'
Langkah ke-5, tekan shutter dan mirror anda akan terangkat ke atas. Bila buka penutup 'body' atau lens, akan nampak sensor seperti gambar di bawah.
Langkah ke-6, pasangkan 'sensor loupe' seperti kedudukan di bawah. (kelebihan 'sensor loupe', ianya mempunyai kanta untuk membesarkan imej dan lampu untuk terangkan kawasan dalam sensor. Habuk pada sensor akan nampak jelas melalui 'sensor loupe')
Langkah ke-7, 'on' kan lampu pada sensor loupe, dan kerja-kerja pembersihan pada sensor boleh dilakukan dengan menggunakan 'sensor klear'. (kelebihan sensor klear, kepala yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan). Gosok perlahan-lahan sehingga habuk hilang dari pandangan mata.
Langkah ke-8, blow semula kawasan sensor. PERHATIAN: pastikan hujung blow tidak terkena pada permukaan sensor. Ulang langkah 6 hingga 8 sehingga tiada lagi habuk pada permukaan sensor.
Langkah ke-9, pasangkan semula penutup body atau lens dan 'turn off' untuk menurunkan mirror. Uji semula dengan shoot gambar ke arah langit dgn gunakan aperture pada F16 ke atas.
Lepas ni barulah boleh 'shoot' gambar dengan perasaan yang tenang.... Selamat mencuba......
PERHATIAN: Pastikan korang mempunyai kelengkapan dan maklumat yang cukup sebelum mencubanya. Segala masalah yang berlaku adalah atas tangung jawab sendiri.