Friday, November 26, 2010

Sport Photography

Fotografi Sukan merujuk pada genre fotografi yang merangkumi semua jenis sukan. Dalam kebanyakan kes, sukan fotografi profesional adalah cabang foto jurnalistik, sedangkan fotografi sukan amatur, seperti foto anak-anak bermain bola sepak, adalah cabang fotografi vernakular.

Aplikasi utama dari fotografi sukan profesional adalah untuk tujuan editorial; didedikasikan oleh jurugambar sukan yang biasanya bekerja untuk surat khabar, atau majalah sukan. Sukan fotografi juga digunakan untuk tujuan pengiklanan sama ada untuk membina jenama atau untuk mempromosikan sukan dengan cara yang tidak dapat dicapai dengan cara editorial.


Peralatan yang digunakan untuk fotografi sukan adalah Digital Single Lens Reflex kamera (DSLR), dengan kelajuan shutter yang tinggi. Badan kamera yang dipilih jurugambar sukan moden biasanya mempunyai kemampuan autofocusing cepat dan frame rate yang tinggi (biasanya 8 frame per saat atau lebih). Antara model DSLR bagi jurugambar sukan profesional yang popular adalah Canon 1D-series dan Nikon D3.

Lensa yang diperlukan ialah lensa telefoto yang bermula dari 50mm dan boleh dilaraskan sehingga 200mm atau 300mm dan ianya bergantung pada jenis sukan. Lensa sangat penting, untuk mencapai jarak yang dekat atau jauh secepat yang mungkin supaya tidak terlepas momen bagi sesesuatu aksi. Sukan yang berbeza memerlukan lensa yang berbeza, tetapi fotografi sukan biasanya memerlukan aperture kecil (bukaan lebar) dan pantas, dengan prestasi autofocus yang pantas. Autofocus pantas diperlukan untuk menumpukan pada gerakan, tele pula digunakan untuk mendekati subjek, dan aperture yang lebar diperlukan untuk beberapa tujuan:
  • Latar belakang diletakkan dalam keadaan yang tidak fokus, sehingga mewujudkan pengasingan subjek yang lebih baik.
  • Kanta yang mempunyai fokus lebih pantas bagi meningkatkan kuantiti cahaya masuk melalui lensa - penting bagi tindakan gerakan pantas.  
  • Kelajuan shutter penting untuk memegunkan aksi.
Namun, bagi aperture yang sangat lebar (seperti f/1.2 atau f/1.4) amat jarang digunakan, kerana pada saiz ini kedalaman lapangan (depth of field) sangat rendah. Ini akan mengakibatkan kesukaran untuk memfokus dan melambatkan proses autofokus. Perbezaan utama adalah antara sukan outdoor dan sukan indoor - bagi sukan outdoor ruang yang digunakan lebih besar dan limpahan cahaya yang banyak, sementara dalam sukan indoor penggunaan ruang yang lebih sempit dan limpahan cahaya yang kurang. Oleh itu, sukan outdoor lebih sesuai menggunakan lensa yang mempunyai pelarasan yang lebih panjang dengan aperture lebih lambat manakala sukan indoor lebih sesuai menggunakan lensa yang mempunyai pelarasan yang lebih pendek dengan aperture yang lebih pantas. 

Penggunaan monopod atau tripod diperlukan untuk menampung kamera, lensa dan lain-lain kit bergantung kepada keaadaan semasa.






 Gambar di Kejohanan Sukan Olahraga SK Bukit Beruang 2010

Gambar di Klinik Lawn Bowl Melaka 2010

Fotografi Sukan Jurnalistik 

Sukan Outdoor
 
















Gambar di Kejohanan Ragbi 7's SUKMA Melaka 2010
Gambar untuk J/K Teknikal Persatuan Ragbi Negeri Melaka.


 Sukan Indoor


 Sesi Latihan Gimrama SUKMA Melaka 2010

Available Light Photography

Dalam fotografi dan sinematografi, Available Light bermaksud, sumber cahaya  daripada cahaya yang sedia ada atau cahaya ambient yang digunakan oleh jurugambar untuk mengambil gambar. Istilah ini biasanya merujuk pada sumber cahaya yang sedia secara semulajadi (contohnya matahari, bulan, petir) atau cahaya buatan yang digunakan (contohnya cahaya lilin atau lampu).

Penggunaan cahaya yang sedia ada adalah cabaran kepada seorang jurugambar. Ini adalah disebabkan oleh kecerahan dan arah cahaya kebiasaannya tidak teratur. Ini akan menyekat pilihan kelajuan shutter dan aperture, dan mungkin memerlukan penggunaan reflektor untuk memanipulasi cahaya. Hal ini juga kebiasaannya dipengaruhi oleh masa, lokasi, dan juga orientasi pemotretan untuk mendapatkan keadaan pencahayaan yang dikehendaki. Cahaya sedia ada juga dapat juga menghasilkan 'color cast' dengan fotografi warna. Contohnya; terdapat gambar foto dilihat mempunyai warna dominan seperti biru, merah atau hijau sebagai tema.

Tingkat cahaya ambient kebiasaannya relatif terhadap cahaya tambahan yg digunakan untuk mengisi cahaya, dalam hal ini cahaya persekitaran biasanya boleh digunakan sebagai kunci cahaya. Bagi kebanyakan keadaan, untuk mengimbangi dan mengisi cahaya sedia ada,  jurugambar perlu menggunakan cahaya kuat (cth bouncing flash) agar mendapat hasil gambar yang lebih baik., 'Relative intensity' cahaya ambient dan pengisian cahaya dikenali sebagai nisbah pencahayaan. Ianya merupakan faktor penting bagi menghasilkan kontras pada gambar yang dihasilkan.



Rujukan 


 limpahan cahaya matahari pagi dari luar sebelah kanan dengan teknik low key

 cahaya lampu sedia ada di dalam bangunan, setting white balance adalah penting kerana kebiasaan lampu bangunan menggunakan cahaya kekuningan

 limpahan cahaya matahari pada latar dan pantulan cahaya dari air pada subjek

limpahan cahaya matahari pada waktu petang dari tingkap

 cahaya matahari dan cahaya lampu dalam bangunan pada latar belakang gambar

 limpahan cahaya matahari waktu tengahari pada muka subjek








Support Blog Kawan2 sebagai Follower

Secara jujurnya x reti aku nak buat blog..... tp atas sbb nak support blog rakan2 seperjuangan Myiris Creations, aku gagahkan jugak buat blog ni.... Org tua2 ckp, kalau x dipecahkan ruyung mana dapat sagunya.... dlm keadaan serba x ckp ni aku gagahkan juga utk pecahkan ruyung.... Terima kasih la pd Irfan, Fadhil, Ajak n Idaman Syah sbb mengerakkan aku supaya buat blog ni.....