Friday, November 26, 2010

Available Light Photography

Dalam fotografi dan sinematografi, Available Light bermaksud, sumber cahaya  daripada cahaya yang sedia ada atau cahaya ambient yang digunakan oleh jurugambar untuk mengambil gambar. Istilah ini biasanya merujuk pada sumber cahaya yang sedia secara semulajadi (contohnya matahari, bulan, petir) atau cahaya buatan yang digunakan (contohnya cahaya lilin atau lampu).

Penggunaan cahaya yang sedia ada adalah cabaran kepada seorang jurugambar. Ini adalah disebabkan oleh kecerahan dan arah cahaya kebiasaannya tidak teratur. Ini akan menyekat pilihan kelajuan shutter dan aperture, dan mungkin memerlukan penggunaan reflektor untuk memanipulasi cahaya. Hal ini juga kebiasaannya dipengaruhi oleh masa, lokasi, dan juga orientasi pemotretan untuk mendapatkan keadaan pencahayaan yang dikehendaki. Cahaya sedia ada juga dapat juga menghasilkan 'color cast' dengan fotografi warna. Contohnya; terdapat gambar foto dilihat mempunyai warna dominan seperti biru, merah atau hijau sebagai tema.

Tingkat cahaya ambient kebiasaannya relatif terhadap cahaya tambahan yg digunakan untuk mengisi cahaya, dalam hal ini cahaya persekitaran biasanya boleh digunakan sebagai kunci cahaya. Bagi kebanyakan keadaan, untuk mengimbangi dan mengisi cahaya sedia ada,  jurugambar perlu menggunakan cahaya kuat (cth bouncing flash) agar mendapat hasil gambar yang lebih baik., 'Relative intensity' cahaya ambient dan pengisian cahaya dikenali sebagai nisbah pencahayaan. Ianya merupakan faktor penting bagi menghasilkan kontras pada gambar yang dihasilkan.



Rujukan 


 limpahan cahaya matahari pagi dari luar sebelah kanan dengan teknik low key

 cahaya lampu sedia ada di dalam bangunan, setting white balance adalah penting kerana kebiasaan lampu bangunan menggunakan cahaya kekuningan

 limpahan cahaya matahari pada latar dan pantulan cahaya dari air pada subjek

limpahan cahaya matahari pada waktu petang dari tingkap

 cahaya matahari dan cahaya lampu dalam bangunan pada latar belakang gambar

 limpahan cahaya matahari waktu tengahari pada muka subjek








2 comments: