Saturday, November 27, 2010

Street Photography

Street Photography atau fotografi jalanan adalah salah satu kategori fotografi dokumentari yang mengambil gambar subjek dalam keadaan kandid di tempat-tempat umum seperti jalan, taman, pantai, pasaraya, konvensyen politik dan pelbagai situasi lain.

Fotografi jalanan menggunakan teknik 'Straight Photography' iaitu teknik yang menunjukkan pandangan sebenar bagi sesuatu perkara dan ianya mencerminkan semula pandangan tersebut kepada masyarakat. Jurugambar jalanan kebiasaannya merakamkan gambar pelbagai momen bagi seseorang individu atau kumpulan. Kebiasaannya gambar tersebut mempunyai momen yang boleh ditafsirkan. 


Pada 16 Februari 2010 aku dan beberapa member dari Myiris Creations, (Naimy, Yus, Irfan dan Ajak) menjalankan aktiviti fotografi jalanan di sekitar Bandar Hilir dan Jonker Walk, Melaka. Berbekalkan lens telefoto Nikkor 55-200mm dan Tamron 17-50mm f/2.8 maka terhasillah koleksi gambar Street Photography aku yang pertama. Walau pun kaki kitorang sakit dan terpaksa berjemur tengah panas, tapi kitorang enjoy dengan aktiviti ni. Harap korang juga enjoy melihat gambar-gambar kat bawah ni.



Di sini segala-galanya bermula....

sebelum kandid orang, diorang kena kandid dulu....

kantoi la bro....

warming up...

relaks jap....

mencari mangsa
skodeng?

'my own creations' with Tamron 17-50mm f/2.8

'in the crowd' with Nikkor 55-200mm

from Mongolia with love.....

work together, love forever

tokey cendol

old timer

mongolian @ Jonker Walk

may I help you?

have a sweet dream.....

say cheese......
 Sekian, T.K...

No comments:

Post a Comment